Sabtu, 11 Disember 2010

Ada-ada jer...

"mama.... tengok along wat iqa niiii.. eeeeiiiiii" pastu terjerit lak si abg; "mama... iqa kacau along main games ni.." adehhh camtu ler rutin putera puteriku kalau di rumah. Tak menang mulut mama dorang ni dengan kerenah dorang yg kuat menyakat sesama mereka.
Sat gi terdengar lak yg si adik tu menangis terjerit-jerit, lom lagi si abangnya berlari2 daripada dikejar dek si adik dengan 'hanger' di tangan.
Ni ler perang namanya kalau di rumah dengan anak2.. hehehe..
tak bolehnya nak duduk diam seminit pun, ada jer yg nak digaduhkan, pendek kata kalau 1 hari tak cari pasal memang tak sah! ish3..
Tapi bila dorang ni tak de, sunyi la pulak bak kata org 'tak de kawan gaduh' huhuhuhu..
Apa2 pun aku tak kisah, lumrah kanak2 memang begitu. Apa kurangnya aku dulu.. hehehe (terkenang semasa dulu...) kadang2 lucu gak bila diingat2 kan balik mcm mana aku buka langkah seribu masa mak kejar aku dengan getah paip (baik sgt masa tu.. hehehehe.. )tu lom lagi adik aku lari panjat pokok bila nampak mak menghayun tali pinggang.. (biasalah budak2 kan..)
semua tu walaupun pahit yg aku rasa waktu tu tp sgt manis bila di kenangkan pada masa ni.
Untungnya anak2 zaman ini bila tidak perlu melalui kesusahan sebagaimana aku dulu..(ter'emo' la pulak..)
Iyerlah, abah sorang je yg bekerja utk menyara keluarga.. Dengan ekonomi yg tak seberapa mak pulak dgn relanya membuat nasi lemak & kuih-muih utk di jual dari rumah ke rumah.. Masih ku ingat lagi bila aku perlu bangun seawal pg, jam 6.30 pg aku da mula terpacak depan rumah jiran2.. memberi salam dari rumah ke rumah menjaja hasil air tangan mak sebelum bersiap2 untuk ke sekolah pulak selepas tu..
Betapa bertuahnya kamu wahai anak2ku kerana tidak perlu melalui kepayahan dalam kehidupanmu di masa ini..
Apa2 pun anak adalah anugerah yg tiada nilainya..
Aku bersyukur dgn kuniaan daripada Allah ini.
Semoga putera puteriku menjadi anak yg soleh & solehah, berjaya di dunia dan Akhirat.
Mama sayang sangat anak2 mama..
muahhhhhh...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan