Aku diduga lagi buat kali ke 2 berturut2 di hari ulang tahun kelahiranku..
Tahun lepas aku menyambutnya dengan demam panas yg kemudiannya disusuli dengan demam campak tp tahun ni aku diduga bila anakandaku pula terpaksa dimasukkan wad kerana demam panas (39.9)..
Sayu hati mama bila mendengar tangisan anaknya ditalian sewaktu mak menelefon aku memberitahu keadaanya, nasib baik mak aku tak panik & tau nak buat apa sblm anak tu di bawa ke hospital..(aku bekerja pd hari itu, sbb masa aku hantar dia ngan adik dia ke rumah mak aku (sbb mak aku yg jaga anak2 aku ler..)badan dia da x panas pun.
Pas doktor check n pas amik darah, Sah2 dgn demam dia yg panas melampau tu ditambah pula dgn sel darah putih yg tiba2 tinggi (42000) menunjukkan adanya infection maka anak mama telah pun menjadi penghuni 3h 2m di Darul Ehsan Medical Centre (nasib baik spital panel..huhuhu)
Bermulalah rutin harian aku yg terpaksa berulang-alik sepanjang dia berada di DEMC tu..
Sedihnya bila mlm hari lahir tu terkenangkan gelagat 2 beradik ni yg sanggup bersengkang mata semata2 ingin menjadi org2 yg pertama utk mengucapkan selamat hari lahir pd mamanya.. (12 mlm ke atas ler..)
Tapi aku nak jadi mama yg kuat,(chewaaaahhh..) mama yg tabah so aku x boleh layan perasaan sedih! aku kena kuatkan semangat!(konon, tp meleleh gak airmata tu..huhuhu)
Alhamdulillah, akhirnya kesihatan dia semakin pulih maka dgn itu dia telahpun dibenarkan balik.
Tapi x per, aku susahpun aku x kisah, penat berulang-alik pun x per asalkan anak2 aku sihat wala'fiat aku da terlalu bersyukur...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan